Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Pengauditan Stesen Pengawasan Kualiti Udara Gas TVOC di Pasir Gudang, Johor
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Bahagian Udara JAS Ibupejabat
- Lokasi
- Pasir Gudang, Johor
Penerangan
17-18 Februari 2025 – Bahagian Udara, JAS Ibupejabat dengan Kerjasama JAS Negeri Johor dan Cawangan Pasir Gudang telah mengadakan lawatan kerja pengauditan stesen pengawasan kualiti udara gas TVOC yang terletak di daerah Pasir Gudang Johor. Hadir sama pada lawatan kerja ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar, YBrs. Puan Dr. Norhazni Binti Mat Sari. Lawatan kerja ini bertujuan bagi memberikan penerangan dan maklumat berkenaan pengoperasian stesen serta menjalankan pemeriksaan terhadap peralatan stesen supaya ianya berfungsi dengan baik bagi mencerap data pengawasan kualiti udara di Pasir Gudang, Johor.