Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN KENDERAAN YANG DILESENKAN (LESEN PEMBAWA YANG DITETAPKAN BUANGAN TERJADUAL OLEH JAS PULAU PINANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- UNIT PYDT + UNIT UKB JASPP
- Lokasi
- PADANG AWAM DEWAN MILLENIUM
Penerangan
22 Februari 2025, PULAU PINANG – Program pemeriksaan kenderaan pengangkut buangan terjadual merupakan salah satu daripada program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Unit Pelesenan, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.
Tujuan utama pemeriksaan ini dijalankan ialah memastikan kenderaan iaitu pembawa yang ditetapkan mematuhi syarat-syarat lesen dan mematuhi pelepasan asap mengikut had yang dibenarkan.
Program pemeriksaan ini dijalankan secara berkala ke atas kenderaan pengangkut buangan terjadual di negeri Pulau Pinang.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppfeb2025