Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI KAWASAN BUKIT TENGAH, PULAU PINANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- BAHAGIAN OPERASI JASPP
- Lokasi
- IWK DI PULAU PINANG
Penerangan
18 Februari 2025 - Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas Loji rawatan kumbahan telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPT1 JAS Negeri Pulau Pinang pada 18 Februari 2025 di kawasan Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya
#NRES
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jasppfeb2025