PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PROGRAM PERSAMPELAN KAWALAN KANDUNGAN MINYAK DI DEPOH DAN STESEN MINYAK DI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025

kaswadi 05/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PERSAMPELAN KAWALAN KANDUNGAN MINYAK DI DEPOH DAN STESEN MINYAK DI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
UNIT UKB JASPP
Lokasi
DEPOH MINYAK PETRONAS ,PERAI

Penerangan

25 Februari 2025, PULAU PINANG – Program persampelan ke atas kandungan minyak di depoh dan stesen minyak merupakan salah satu daripada program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Tujuan utama pelaksanaan sampel minyak ini dijalankan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Minyak Diesel dan Petrol) 2021 yang menetapkan standard kandungan petrol dan diesel perlu memenuhi spesifikasi EURO 5. Pematuhan ke atas peraturan ini terpakai kepada pembekal bahan api yang digunakan dalam mana-mana enjin pembakaran dalaman (bergerak atau tetap) dan di dalam loji-loji perindustrian. Program persampelan ini dilaksanakan secara berkala ke atas depoh-depoh minyak dan stesen-stesen minyak di negeri Pulau Pinang. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppfeb2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan