Penerangan
Bayan Lepas, 27 Februari 2025 – Program pengawasan air marin di sekitar perairan Pulau Pinang telah dilaksanakan secara bersama oleh Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) dan pasukan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang. Usaha ini bertujuan untuk memantau kualiti air marin di negeri ini. Persampelan air telah diambil dari 33 stesen marin yang ditetapkan di sekitar perairan Pulau Pinang.
Program ini dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard di bawah Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) bagi memastikan kualiti air marin sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
Kerjasama antara PSTW dan JAS Pulau Pinang ini merupakan usaha penting dalam menjaga kualiti dan kelestarian perairan negara.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppfeb2025