Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM KEMPEN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA,PULAU PINANG
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- IKM + JAS PULAU PINANG
- Lokasi
- INSTITUT KEMAHIRAN MARA,TASEK GELUGOR (IKM)
- Diskripsi
- 27 FEB 2025, TASEK GELUGOR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bersama Institut Kemahiran Mara Seberang Perai Utara telah berjaya menganjurkan Program Kempen Larangan Pembakaran Terbuka dan pertandingan Treasure Hunt di Institut Kemahiran Mara Seberang Perai Utara. Objektif utama program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pencegahan dan kawalan pembakaran terbuka melalui program-program kesedaran di peringkat pengajian tinggi serta pendedahan mengenai pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.
Program ini melibatkan penyertaan 150 peserta yang terdiri daripada staff dan pelajar IKM Seberang Perai Utara. Kesemua pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan yang melibatkan 5 aktiviti check point.Tugasan yang diberikan kepada pelajar di setiap check point adalah merekabentuk poster, melaungkan ikrar larangan pembakaran terbuka, demontrasi pengendalian drone, mengendali peralatan pengujian bunyi bising kenderaan motor dan pengujian pelepasan gas daripada kenderaan berenjin petrol.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang berharap agar program seperti ini dapat diteruskan sebagai platform untuk JAS menyampaikan mesej-mesej berkenaan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi masa kini dan akan datang.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#RakanAlamSekitar
#jaspp_feb2025
#ikmseberangperaiutara