PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran,Program Penguatkuasaan

[HEBAHAN INFORMASI] PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

mansah 06/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
[HEBAHAN INFORMASI] PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2025
Organisasi
JAS LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

[HEBAHAN INFORMASI] PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) Sukacitanya dimaklumkan bahawa JASWPL dengan kerjasama Perbandanan Labuan, telah mewujudkan Pusat Pengumpulan E-Waste yang terletak di Stesen Teksi, berhadapan dengan bangunan UTC W.P. Labuan. Pada sepanjang bulan Februari 2025, sebanyak 30kg E-Waste telah berjaya dikumpulkan. Orang ramai disarankan untuk membuang sisa buangan elektrik dan elektronik terpakai isi rumah (Household E-Waste) ke dalam tong RORO yang telah disediakan secara teratur. Peringatan: Hanya E-Waste terpakai dari isi rumah sahaja yang dibenarkan. Aset KERAJAAN mahupun INDUSTRI hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuang sampah domestik ke dalam tong RORO yang telah disediakan. Sekian terima kasih. "ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA" #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_mac_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan