Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gempur bil 2/2025 keatas premis-premis perindustrian di Negeri Melaka bermula 26hb hingga 27hb Februari 2025. Ops Gempur tersebut telah dianggotai oleh seramai 15 anggota penguatkuasa dan sebanyak 9 premis telah diperiksa.
Susulan pemeriksaan tersebut 9 arahan telah dikeluarkan di lapangan, 1 Notis Arahan dan 4 tawaran kompauan juga akan dikenakan atas kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka