Penerangan
18 Februari 2025, Johor Bahru – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan lawatan teknikal ke Projek Rapid Transit System di Johor Bahru bagi membincangkan status pematuhan projek kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Puan Rohimah binti Ayub Pengarah Bahagian Penilaian Jabatan Alam Sekitar dan turut serta pegawai-pegawai JAS dari Bahagian Penilaian, Ibu Pejabat dan JAS Negeri Johor.
Lawatan bermula dengan sesi taklimat status pelaksanaan projek oleh penggerak projek iaitu Mass Rapid Transit Corporation (MRT) dan RTS Operation Pte.Ltd. (RTSO). Lawatan diteruskan dengan membuat pemeriksaan di jajaran RTS marine viaduct yang terletak di sempadan Malaysia-Singapura yang sedang dalam peringkat pemasangan rel dan sistem. Pihak MRT dan RTSO adalah diminta untuk sentiasa memastikan pelaksanaan projek mematuhi syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk semasa peringkat operasi kelak.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama