Penerangan
24 Februari 2025, Putrajaya – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dengan kerjasama Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menganjurkan Bengkel dan Latihan Hands-on Penggunaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan).
Sistem I-Plan adalah satu sistem yang dibangunkan oleh PLAN Malaysia berperanan sebagai Pusat Rujukan Maklumat Guna Tanah Negara serta alat bagi membantu dalam proses kebenaran merancang dan perancangan fizikal sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam rancangan-rancangan pemajuan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
Bengkel dan Latihan Hands-on Penggunaan Sistem I-PLAN yang dilaksanakan secara hybrid kepada pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar di Ibu Pejabat dan Negeri diharap dapat membantu untuk mendapatkan maklumat mengenai gunatanah, zoning sesuatu kawasan dengan lebih pantas dan tepat terutamanya semasa memproses dan memberi ulasan kepada permohonan input pembangunan dan pemprosesan Laporan EIA.
JAS dan PLANMalaysia berharap program seperti ini dapat diteruskan dalam memastikan kedua-dua agensi dapat memanfaatkan Sistem I-PLAN dan lain-lain sistem yang dibangunkan oleh PLANMalaysia supaya saling melengkapi antara kedua-dua agensi dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani