PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Bengkel

SESI LIBAT URUS KAJIAN BAGI PENGENAAN FI BERKAITAN DENGAN PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT, EIA)

rosmina 04/03/2025 9 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS KAJIAN BAGI PENGENAAN FI BERKAITAN DENGAN PEMPROSESAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT, EIA)
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN PENILAIAN
Lokasi
PUTRAJAYA

Penerangan

27 FEBRUARI 2025, PUTRAJAYA – Satu (1) Sesi Libat Urus bagi Kajian Pengenaan Fi berkaitan dengan pemprosesan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) telah berlangsung di Putrajaya pada 26 hingga 27 Februari 2025. Sesi libat urus ini melibatkan sejumlah 40 orang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dan JAS Negeri. Sesi libat urus ini dirasmikan oleh Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar. Objektif sesi libat urus bersama JAS Negeri ini adalah untuk membentangkan dapatan awal hasil kajian dalam mengenalpasti struktur fi dan mekanisma pelaksanaan bagi memastikan penyelarasan dengan keperluan pihak berkepentingan. Selain itu, sesi ini juga berperanan sebagai platform untuk mendapatkan maklum balas dan input daripada JAS Negeri sebelum perunding mengemukakan Draf Laporan Akhir dan Laporan Akhir untuk penilaian Jabatan dengan cadangan nilai pengenaan fi yang sewajarnya dalam proses yang berkaitan dengan keperluan di bawah Seksyen 34A, Seksyen 33A dan Seksyen 35 di bawah AKAS 1974 atau peruntukan berkaitan. Pengisian sesi libat urus ini merangkumi pembentangan Kajian Bagi Pengenaan Fi Berkaitan Pemprosesan Laporan EIA oleh perunding yang dilantik iaitu Aurecon Lestari Sdn. Bhd. Semua pandangan dan input yang diterima akan diambilkira dan dimanfaatkan dalam melengkapkan kajian ini. Jabatan berharap kajian ini akan membantu dalam meningkatkan tadbir urus pelaksanaan pemprosesan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) serta meningkatkan pengurusan alam sekitar pada masa akan datang. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #BahagianPenilaian #AlamSekitarTanggungjawabBersama #MalaysiaMadani

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan