PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS BERSEPADU E-WASTE PASUKAN GERAKAN AM PDRM (PGA) BERSAMA JAS PERAK

maizah 04/03/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS BERSEPADU E-WASTE PASUKAN GERAKAN AM PDRM (PGA) BERSAMA JAS PERAK
Tahun
2025
Organisasi
jas perak
Lokasi
sungai siput

Penerangan

15 FEBRUARI 2025, SUNGAI SIPUT - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Bersepadu ke atas premis kilang haram pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) di Kawasan Perusahaan Rimba Panjang, Sungai Siput. Premis tersebut yang disyaki telah beroperasi sejak lebih lapan bulan lalu dilengkapi dengan mesin-mesin memproses pengasingan, peleburan dan makmal bagi mengurai bahan logam antaranya timah, besi, aluminium dan tembaga. Serbuan sekitar jam 9.30 pagi itu telah menyita pelbagai barangan dan tangkapan oleh pihak polis membabitkan dua lelaki warga tempatan dan 25 warga asing termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan turut dikenakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Perak ke atas premis bagi mencegah premis daripada terus beroperasi. Kes disiasat di bawah Seksyen 34A dan Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_februari2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan