Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS BERSEPADU PENGUATKUASAAN ASAP DIESEL/PETROL DENGAN KERJASAMA PASUKAN TRAFIK PDRM BUKIT AMAN
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Plaza Tol Nilai
Penerangan
25 Februari 2025 - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama Pasukan Trafik PDRM Bukit Aman telah menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Asap Diesel/Petrol di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Dalam operasi ini JAS Negeri Sembilan telah membuat pemerhatian ke atas 60 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol. Sebanyak 40 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji mengunakan meter asap dan 3 kenderaan dikenakan tindakan notis dan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel)1996.
Para pemilik kenderaan berenjin diesel dan petrol diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel)1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling(Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol)1996 .
#jasn9
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.