Penerangan
17-21 FEBRUARI 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Gempur Bil. 1/2025 bagi premis di bawah seliaan Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah) meliputi Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Udara Bersih) 2014 serta PPKAS (Buangan Terjadual) 2005.