14 Februari 2025, Johan Setia – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan siasatan dan pemantauan di sekitar Kawasan Johan Setia, Klang, Selangor susulan bacaan IPU tidak sihat.
Hasil siasatan mendapati bahawa terdapat kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di salah satu kawasan kebun di Jalan 9. Kes disiasat di bawah Seksyen 29A, Larangan Pembakaran Terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti pemilikan tanah tersebut.
Orang ramai boleh melaporkan sebarang kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol: 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.