Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN MINI KARNIVAL KITAR SEMULA SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ANJURAN MBSA
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Lokasi
- Shah ALam
- Diskripsi
- 15 Februari 2025, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah dijemput oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyertai Program Mini Karnival Kitar Semula Sisa Elektrik dan Elektronik (e-waste) dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Program Kitar Semula Kerjasama MBSA - Nestle - KPT Recycle. Majlis telah dirasmikan oleh YB Puan Jamaliah Jamaludin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Selangor. JAS Negeri Selangor telah menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan buangan peralatan elektrik dan elektronik (e-waste) dan membuka reruai bagi perkongsian maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan alam sekitar khususnya e-waste. Jom bersama kita menjaga alam sekitar dengan menghantar e-waste ke pusat pengumpulan berdaftar dan kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan. Maklumat lanjut layari laman sesawang e-waste di https://ewaste.doe.gov.my.