Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI STATIK BERSEPADU "OPS GERAK" JAS NEGERI SELANGOR BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Subang Jaya
Penerangan
25 Februari 2025, Subang Jaya – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Cawangan Peronda Sektor B1, Zon Tengah B (KESAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan operasi statik bersepadu “Ops Gerak” di Plaza Tol Sunway, Subang Jaya, Selangor.
Sebanyak 797 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 76 buah kenderaan telah ditahan untuk saringan secara visual dan pengujian asap menggunakan smoke meter.
Tiga (3) buah kenderaan telah didapati gagal mematuhi had 50% ketumpatan asap sepertimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996. Tindakan kompaun dan Notis arahan telah dikeluarkan bagi mengarahkan pemilik kenderaan untuk menjalankan pemeriksaan semula di PUSPAKOM selaras dengan peruntukan di bawah Sekyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam adalah diingatkan untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan dibawahnya serta pencemaran udara.
Gambar / Video Penuh
Muat turun memerlukan log masuk. Sila log masuk untuk mengakses fail penuh.