PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PENYELARASAN PEMPROSESAN DAN PENGUATKUASAAN EIA TAHUN 2025

najmi 27/02/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENYELARASAN PEMPROSESAN DAN PENGUATKUASAAN EIA TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS PUTRAJAYA
Lokasi
JAS PUTRAJAYA
Diskripsi
BENGKEL PENYELARASAN PEMPROSESAN DAN PENGUATKUASAAN EIA TAHUN 2025 26 Februari 2025, PUTRAJAYA - Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Pemprosesan Dan Penguatkuasaan EIA Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, JAS Putrajaya pada 25 hingga 26 Februari 2025. Bengkel yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian ini dihadiri seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS daripada Ibu Pejabat dan JAS Negeri yang terlibat dengan pemprosesan dan penguatkuasaan EIA. Bengkel yang dilaksanakan secara tahunan ini merupakan satu platform yang berfungsi untuk JAS Ibu Pejabat bersama-sama dengan JAS Negeri membincangkan halatuju dan isu-isu semasa yang melibatkan projek pembangunan di Malaysia. Selain daripada itu, bengkel ini juga turut membincangkan penyelesaian yang terbaik bagi isu-isu berbangkit berkaitan pemprosesan dan penguatkuasaan EIA serta langkah-langkah untuk memperkukuhkan pelaksanaan tugas pegawai JAS yang berkaitan dengan EIA. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #bahagianpenilaian