Penerangan
24 FEBRUARI 2025, WP KUALA LUMPUR – Unit Pengawasan dan Kesedaran, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan Program Pengawasan dan Persampelan Air Tanah di tiga (3) buah Stesen Pemantauan Air Tanah yang di Lebuhraya Maju Express (MEX).
Sebanyak 21 sampel air tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Kualiti air bawah tanah dianalisa berdasarkan Standad Kualiti Air Bawah Tanah Kebangsaan.
Frekuensi pensampelan dijalankan adalah sebanyak empat (4) kali setahun bertujuan untuk memantau tahap kualiti air tanah yang dirancang bagi tahun 2025.