Penerangan
8 FEBRUARI 2025, KUALA LUMPUR – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama JSPT, PDRM di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Seramai tujuh (7) orang pegawai daripada JASWPKL terlibat dengan Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.
Melalui operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 98 ujian visual, 21 ujian bunyi bising dan mengeluarkan tujuh (7) Notis Arahan di bawah Seksyen 48A AKAS (Pindaan) 2024 serta tujuh (7) kompaun di bawah Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, di bawah akta yang sama.