Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS CAWANGAN SIPITANG
- Lokasi
- Beaufort - Membakut - Keningau
Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 24.02.2025 (Isnin)
MASA : 08.00 AM - 05.00 PM
ANGGOTA : PPK AMM/PJ MH/PKA AY
TUGAS :
1. CAC
2. Siasatan aduan PT
3. Rondaan darat
KAWASAN RONDAAN:-
Beaufort - Membakut - Keningau.
PENEMUAN :
1. PREMIS
- Premis menjalankan kerja kejuruteraan besi dan membeli barangan lusuh (besi buruk)
- Premis diarah untuk menambahbaik stor (dinding dan bumbung) bagi mengelakkan tempias air hujan masuk ke stor BT
- Premis dinasihati untuk memantau aktiviti memotong besi lusuh (oxy gas cutting) bagi mengelakkan sebarang pencetus pembakaran terbuka.
- Pematuhan lain PPKAS BT 2005 adalah baik. Premis tidak menerima sebarang ewaste dan bateri terpakai.
- Premis diarah untuk mengemaskini maklumat profile di Eswis V2.0.
2?? Siasatan Aduan PT di Taman Adika, Keningau.
- Aduan berasas selepas kejadian turut diperakui oleh seorang operator dobi layan diri berhampiran lokasi aduan. Bau plastik terbakar menyebabkan kacauganggu di kawasan kejiranan.
- Tiada PT dikesan semasa lawatan kerana cuaca hujan.
- Pemeriksaan mendapati kawasan perumahan disediakan perkhidmatan lori sampah MDK.
*TINDAKAN PENGUATKUASAAN*
- FC telah dikeluarkan dan perlu kemukakan maklumbalas dalam tempoh 7 hari berkerja.
- Amaran tegas diberikan kepada pelaku PT dan pasukan telah menerangkan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya kesalahan berulang.
- Risalah larangan PT turut diedarkan.
- Pengadu telah dihubungi dan dimaklumkan hasil siasatan.
Cuaca : Mendung dan hujan renyai.
Sekian.