Penerangan
25 FEBRUARI 2025, PENGERANG - Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan rondaan laut dan sungai di sekitar Perairan Pengerang sehingga ke Sungai Johor (berhampiran Telok Sengat).
Tujuan rondaan ini dijalankan adalah bagi mengesan dan mencegah sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui.
Pencemaran laut dan sungai boleh menyebabkan kerosakan habitat hidupan laut dan sungai, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri berkaitan seperti pelancongan dan perikanan. Pencemaran sungai akan menyebabkan kerosakan habitat hidupan sungai seterusnya boleh mewujudkan ketidakselesaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan laut dan sungai.
Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarang pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia.
Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata dan telinga kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.