PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR DENGAN BAHAGIAN TRAFIK, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPD PONTIAN

nasir.ibrahim 26/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR DENGAN BAHAGIAN TRAFIK, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPD PONTIAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PONTIAN

Penerangan

23 Februari 2025, Johor Bahru - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan Ops Bersepadu dengan Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), IPD Pontian. Operasi ini melibatkan seramai 7 pegawai dari Bahagian Operasi 2 Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Johor yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan bunyi bising dari motosikal. Sejumlah lebih kurang 100 buah motosikal pelbagai jenis model telah melalui sekatan jalan raya yang dilaksanakan dua hari awal oleh pihak PDRM, IPD Pontian. Ujian telah dilaksanakan di lokasi IPD Pontian. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10 Kompaun dan 11 Notis Arahan bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan kepada pemilik motosikal yang telah ditahan dan menjalani pengujian bunyi bising dengan menggunakan peralatan Sound Level Meter (SLM), meter RPM (Technometer), dan meter pengukur halaju angin (Anemometer) yang dikendalikan oleh pegawai JAS Negeri Johor yang berkompetensi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan