PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Pengawasan

JAS NEGERI SEMBILAN PASANG ALAT PENGUKUR KUALITI UDARA SUSULAN KEBAKARAN KILANG KARPET NILAI 3

nursyadah 26/02/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS NEGERI SEMBILAN PASANG ALAT PENGUKUR KUALITI UDARA SUSULAN KEBAKARAN KILANG KARPET NILAI 3
Tahun
2025
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Nilai, Negeri Sembilan

Penerangan

21 FEBRUARI 2025, NILAI – Kebakaran sebuah gudang karpet di Nilai 3 telah berlaku awal pagi ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau kualiti udara kawasan sekitar. Dua (2) alat dipasang dikawasan berhampiran kejadian iaitu di SMK Nilai Impian serta berhampiran dengan kawasan perumahan Laman Delfina. Sehingga 6.00 petang hari ini, bacaan kualiti udara masih dalam keadaan terkawal. Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://eqms.doe.gov.my bagi mengetahui bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti di luar sekiranya kualiti udara tidak baik. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan