- Tajuk
- PROGRAM KMNS ECO GREEN FUN RUN 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN ANJURAN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS)
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Lokasi
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Diskripsi
- 22 Februari 2025, Kuala Pilah - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah menganjurkan Hari Terbuka KMNS 2025 selama dua hari bermula pada 21-22 Februari 2025.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah. Program ini juga melibatkan pelajar-pelajar KMNS, pensyarah, dan warga komuniti Kuala Pilah. Antara program yang terlibat dalam Hari Terbuka adalah KMNS Eco Green Fun Run 2025, Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (myRAS) Program Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste), Program KitaRecycle, Pengumpulan Minyak Masak Terpakai, Pengumpulan Fabrik Terpakai dan Pertandingan Seni Kraf Bahan Kitar Semula dan beberapa aktiviti lain lagi.
Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dengan penglibatan dari pelbagai pihak supaya usaha murni untuk mengamalkan gaya hidup lestari dibudayakan dalam kalangan masyarakat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama