Penerangan
22 FEBRUARI 2025, KOTA TINGGI - Pasukan Penguatkuasaan JAS Cawangan Pengerang telah menjalankan pemantauan pencemaran, operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) dan rondaan pantai di kawasan sekitar Mukim Kota Tinggi dan Sedili Kechil, Kota Tinggi.
Pemantauan ini dijalankan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pelepasan efluen serta pelepasan bendasing ke udara oleh premis industri yang tidak mematuhi had yang ditetapkan dalam AKAS 1974, aktiviti pembakaran terbuka dan pencemaran minyak di pantai.
Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada AKAS 1974 dikesan.