Penerangan
LAPORAN OPERASI BERSEPADU E-WASTE PASUKAN GERAKAN AM (PGA) SABAH DAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SABAH??
??TARIKH : 15 Februari 2025 (Sabtu)
??MASA : 06.00 pagi – 09.00 malam
?????????PASUKAN JAS : PP(K)(ALI), PP(K)Ts.(SJ), PP(JJJ), PP(NSH), PPK(K)(DJ), PPK(K)(RD), PPK(JB), PPK(MAI), PJ(HK), PJ(AA), PJ(RLSK), PJ(SK), PJ(MFM), PJ(SG) & PJ(RD)
LOKASI OPERASI :
PREMIS-PREMIS DI KOTA KINABALU
TUGAS :
Menjalankan operasi bersepadu e-waste bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah dijalankan serentak seluruh negara.
PENEMUAN :
1?? Sebanyak 8 premis telah di periksa melibatkan 5 premis PYDT BT, 1 premis PYBDT dan 2 premis barang lusuh.
2?? 6 premis telah disyaki melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1?? Sitaan telah dilaksanakan oleh pihak PGA manakala JAS telah menjalankan persampelan, rakaman percakapan dan mengemukakan arahan lapangan terhadap 6 premis yang telah disyaki melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
2? Syor Notis Arahan Di Bawah Seksyen 31 dan Kertas Siasatan untuk Seksyen 16, Seksyen 34 A dan Seksyen 34B untuk tindakan selanjutnya.
?? Cuaca : Cerah
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Disediakan Oleh : Unit Lesen & Buangan Terjadual
Tarikh : 18 Februari 2025