PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR KE PROJEK PENEBUSGUNAAN TANAH OLEH MAHARANI ENERGY GATEWAY SDN. BHD.

nasir.ibrahim 24/02/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR KE PROJEK PENEBUSGUNAAN TANAH OLEH MAHARANI ENERGY GATEWAY SDN. BHD.
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
MUAR

Penerangan

20 Februari 2025, MUAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke projek pembangunan oleh Maharani Energy Gateway Sdn. Bhd. bagi membincangkan status pematuhan projek kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA. Lawatan kerja ini disertai oleh YBrs. Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Unit Penguatkuasaan EIA dan JAS Cawangan Muar. Sesi lawatan kerja dimulakan dengan taklimat mengenai projek penebusgunaan tanah dan status pelaksanaan projek oleh pihak penggerak projek. Selepas itu, Pengarah dan pegawai-pegawai JAS Johor telah membuat lawatan dengan menaiki bot ke kawasan penebusgunaan tanah. Penggerak projek dinasihati untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memastikan tiada pencemaran berlaku.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan