- Tajuk
- FORUM "PEMBAKARAN TERBUKA: CEGAH ATAU PARAH?" SEMPENA PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DI KAMPUNG KORINA, KUDAT, SABAH
- Organisasi
- UMS
- Lokasi
- KAMPUNG KORINA, KUDAT, SABAH
- Diskripsi
- 11 Januari 2025. Kudat - FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH telah menganjurkan promosi kesihatan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk memahami peranan dan kepentingan "Public Health" dan "Community Medicine" sesuai dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ketiga iaitu "Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan". Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang amat penting untuk mewujudkan sistem kesihatan yang lebih sistematik dan produktif di masa akan datang.
JAS Sabah dijemput untuk menjadi panel bagi forum "Pembakaran Terbuka: Cegah atau Parah?" kepada penduduk Kampung Korina. Timbalan Pengarah JAS Sabah , En Yaras Yusup telah menjadi ahli panel bagi sesi forum bersama komuniti.