PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN BAU DARI KILANG KELAPA SAWIT

nasir.ibrahim 24/02/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN BAU DARI KILANG KELAPA SAWIT
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
BATU PAHAT

Penerangan

18 FEBRUARI 2025, BATU PAHAT - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Batu Pahat telah menjalankan siasatan aduan bau di kilang proses Kelapa Sawit. Siasatan mendapati premis telah henti operasi selama satu (1) bulan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan baik pulih kerosakan. Aduan bau adalah berpunca dari longgokan buah kelapa sawit yang gagal diproses pada waktu yang ditetapkan kerana kerja-kerja penyelenggaraan gagal siap pada waktu yang dirancang. Premis telah diarahkan agar membasmi pencemaran yang terhasil dengan segera dan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan di bawah AKAS 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan