PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat,Program Kesedaran

KUNJUNGAN HORMAT JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL LABUAN DAN TAKLIMAT KESEDARAN ALAM SEKITAR DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) BAGI TAHUN 2025

mansah 19/02/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL LABUAN DAN TAKLIMAT KESEDARAN ALAM SEKITAR DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) BAGI TAHUN 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL LABUAN DAN TAKLIMAT KESEDARAN ALAM SEKITAR DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) BAGI TAHUN 2025 17 FEBRUARI 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) – JASWPL telah menerima kunjungan hormat daripada JIC Labuan pada jam 2:30 petang di Bilik Mesyuarat JASWPL. Sesi pengenalan dan perkongsian pengalaman serta inisiatif yang telah dilaksanakan oleh JIC dalam bidang kelestarian alam sekitar selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan ( Sustainable Development Goals) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kunjungan ini diadakan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan kolaborasi untuk penganjuran beberapa program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya melibatkan orang awam. JASWPL juga memberi sedikit taklimat berkenaan JASWPL dan beberapa program yang telah dianjurkan di Labuan. Adalah diharapkan agar kunjungan dan perbincangan berkaitan bermanfaat dalam memastikan kelestarian alam sekitar di W.P. Labuan kekal terpelihara. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan