PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE AKTiVITI GUNA SEMULA DI SURI LIFESTYLE HUB LANGKAWI

najmi 19/02/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE AKTiVITI GUNA SEMULA DI SURI LIFESTYLE HUB LANGKAWI
Tahun
2025
Organisasi
JAS KEDAH&SURI LIFESTYLE HUB LANGKAWI
Lokasi
SURI LIFESTYLE HUB LANGKAWI

Penerangan

LAWATAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE AKTiVITI GUNA SEMULA DI SURI LIFESTYLE HUB LANGKAWI 10 Februari 2025, Langkawi - YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah memenuhi jemputan dari pihak Suri Lifestyle Hub, Langkawi untuk melihat aktiviti upcycling yang dijalankan. Turut menyertai lawatan tersebut adalah Encik Mohd Nazri bin Ramli, Timbalan Pengarah (Pembangunan) JAS Negeri Kedah serta Encik Mohd Rosli bin Mohd Nor, Ketua Cawangan JAS Langkawi. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Suri Lifestyle Hub dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar, khususnya melalui pemanfaatan bahan-bahan kitar semula yang diterima dari hotel-hotel serta premis sekitar Langkawi serta beberapa sumber lain. Suri Lifestyle Hub merupakan sebuah perusahaan yang memperkasakan ibu-ibu tunggal dengan menghasilkan pelbagai produk kraf tangan menggunakan bahan kitar semula seperti kain langsir, cadar, dan pelbagai bahan terbuang lain. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan peluang kepada golongan ibu tunggal untuk meningkatkan taraf hidup mereka, tetapi juga menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar melalui penggunaan bahan-bahan yang mesra alam. Hub ini turut membuat batik menggunakan kaedah mesra alam memggunakan pewarna asli dari tumbuh-tumbuhan di sekitar premis. Kini hub ini turut melatih belia yang tidak mempunyai pekerjaan untuk mrmpelajari kemahiran yang boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada wakil premis, Encik Faisol Abdullah yang turut menerangkan misi dan visi perusahaan ini dalam usaha mereka menyokong kelestarian alam sekitar. Lawatan ini memberi inspirasi dan peluang untuk melihat bagaimana perniagaan boleh beroperasi dalam keharmonian dengan alam sekitar, sambil memberi impak positif kepada masyarakat setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jabatanalamsekitarnegerikedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan