Penerangan
LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE PROJEK SUNGAI GUA BUAYA, KILIM GEOFOREST PARK DAN GUNUNG RAYA*
*10 Februari 2025, Langkawi* – YBrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, telah mengadakan lawatan kerja ke projek Sungai Gua Buaya, Kilim Geoforest Park serta perancangan pembangunan di Gunung Raya, Langkawi.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Encik Mohd Nazri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Negeri Kedah, Encik Mohd Rosli bin Mohd Nor, Ketua Cawangan JAS Langkawi, pegawai-pegawai JAS cawangan Langkawi serta kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Sesi lawatan kerja dimulakan dengan taklimat mengenai cadangan projek mendalamkan Sungai Gua Buaya yang disampaikan oleh Bahagian Geopark LADA diwakili oleh Encik Muhammad Khairi Azizan. Selepas itu, Pengarah dan pegawai JAS Negeri Kedah telah membuat lawatan ke puncak Gunung Raya untuk menilai kawasan yang akan dibangunkan oleh pihak LADA. Seterusnya, satu sesi taklimat perancangan pembangunan semula di Gunung Raya telah disampaikan oleh Bahagian Pelaburan dan Bahagian Perancangan LADA yang diwakili oleh Puan Waffa Wahida binti Zainol dan Puan Yusazlinda binti Mat Yusof. Pembangunan yang terlibat merupakan projek restorasi bagi kawasan yang pernah dibangunkan dahulu dan serta sedikit penambahan fasiliti yang berpotensi untuk dimanfaatkan bagi tarikan pelancong ke Langkawi.
Jabatan Alam Sekitar komited dalam memastikan setiap pembangunan yang dirancang mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jabatanalamsekitarnegerikedah
#alamsekitartanggungjawabbersama