PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN JADUAL PEMATUHAN LESEN PEMBAWA YANG DITETAPKAN DAN PENGUJIAN PELEPASAN ASAP HITAM DARIPADA ENJIN DIESEL PEMBAWA YANG DITETAPKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

najmi 19/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN JADUAL PEMATUHAN LESEN PEMBAWA YANG DITETAPKAN DAN PENGUJIAN PELEPASAN ASAP HITAM DARIPADA ENJIN DIESEL PEMBAWA YANG DITETAPKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
Sungai Petani, Kedah

Penerangan

14 & 15 FEBRUARI 2025 - Sungai Petani, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama JAS Cawangan Sungai Petani telah menjalankan Pemeriksaan Jadual Pematuhan Lesen Pembawa Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT-BT) dan Pengujian Pelepasan Asap Hitam daripada Enjin Diesel Pembawa PYDT-BT. Pemeriksaan ini telah dijayakan dengan kekuatan 12 pegawai dari Unit Pelesenan, Unit Kenderaan Bermotor dan Unit Penguatkuasaan JAS Cawangan Sungai Petani. Pemeriksaan telah dilaksanakan terhadap peralatan kecemasan dan keselamatan sebagaimana disyaratkan di dalam Jadual Pematuhan Lesen (Syarat No. 7.6) berdasarkan senarai semak Lampiran B-1 (Syarat No. 7.7) bagi 81 kenderaan PYDT-BT pelbagai kapasiti hakmilik/3rd party 10 premis PYDT-BT di bawah seliaan JAS Cawangan Sungai Petani dan JAS Cawangan Kulim. Selain itu, pengujian terhadap kawalan pelepasan asap dari ekzos pembawa PYDT-BT juga turut dijalankan bagi memastikan pematuhan kepada had kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Pemeriksaan terhadap pembawa PYDT-BT merupakan salah satu syarat yang perlu dilaksanakan sebelum kelulusan pembaharuan lesen sebagai pembawa yang ditetapkan (Syarat No. 6.1) dipertimbangkan bagi tempoh 1 Mei 2025 hingga 30 April 2026 kepada sesebuah kenderaan untuk mengangkut buangan terjadual. Pemegang lesen yang melanggar syarat lesen boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana boleh dikenakan denda sebanyak tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara selama tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali manakala ketidakpatuhan terhadap had kawalan pelepasan daripada enjin diesel boleh dikenakan tindakan kompaun tidak lebih daripada RM2,000 sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan