Penerangan
12 FEBRUARI 2025, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah centralize labaratory di Kawasan Perindustrian Kota Tinggi berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi empat (4) unit spray chamber dan dua belas (12) unit carbon filter.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati binaan di lapangan tidak sama dengan lukisan seperti dibina yang telah dikemukakan di dalam dokumen perisytiharan bertulis dan sampling acsess perlu dikaji semula.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah-langkah tindakan penambahbaikan iaitu menyemak semula punca - punca pencemar , mengkaji kesesuaian sampling acsess dan mengemaskini lukisan seperti dibina.