Penerangan
15 FEBRUARI 2025, KULAI & PONTIAN, JOHOR - JAS Negeri Johor dianggotai enam (6) orang pegawai telah menyertai Ops Bersepadu yang diketuai oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di daerah seliaan Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat).
Operasi ini yang bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 2.00 pagi dijalankan di dua (2) buah premis. Sebuah premis di Daerah Kulai dan sebuah lagi premis di Daerah Pontian telah disiasat.
Sebuah premis yang membuat penstoran dan aktiviti melerai buangan terjadual, majoriti e-Waste telah diambil tindakan berikut:-
1. Persampelan telah dijalankan ke atas buangan terjadual yang berada didalam premis dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.
2. Penahanan Operasi Kelengkapan dibawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi mesin melerai dan kawasan melerai.
3. Kertas siasatan akan dibuka dibawah Seksyen 18, 34A & 34B, AKAS 1974.
Sebuah lagi premis yang menjalankan aktiviti pengumpulan barang lusuh tanpa permit dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga membuat pengumpulan e-Waste dan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974 akan dikeluarkan.
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah dimaklumkan bagi tindakan susulan dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
PGA telah melaksanakan tangkapan kepada 16 orang pekerja asing dan barang sitaan/rampasan termasuk mesin/jentera yang bernilai anggaran RM90,205,000.00.