PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.1 2025 JAS PULAU PINANG

kaswadi 19/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.1 2025 JAS PULAU PINANG
Tahun
2025
Organisasi
UNIT OPERASI JAS PULAU PINANG
Lokasi
SELURUH PULAU PINANG

Penerangan

KEPALA BATAS, 23 Januari 2025 – Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.1/2025 pada 21 hingga 23 Januari 2025 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam kawasan industri dan Premis Yang Ditetapkan (PYDT). Dalam operasi ini, seramai tujuh pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 19 orang terlibat secara langsung. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 24 premis. Sebanyak dua puluh (20) Arahan Lapangan, Sembilan (9) Notis Arahan telah dikeluarkan, tujuh (7) kertas siasatan syor kompaun dibuka ke atas premis yang melibatkan kesalahan di bawah peraturan khususnya melibatkan buangan terjadual. Ops Gempur Bil.1/2025 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan