- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN HOUSE HOLD E-WASTE DAN PENYEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) PERINGKAT DUN PENGKALAN BATU, MELAKA
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
- Diskripsi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan aktiviti pengumpulan house hold e-waste secara drive thru dan penyebaran maklumat kesedaran penjagaan alam sekitar sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat #WRUR peringkat DUN Pengkalan Batu, Melaka .
Program tersebut telah diadakan pada 16hb Februari 2025 bertempat di Pangsapuri Seri Siantan, telah mendapat sambutan menggalakkan dari 290 orang komuniti setempat dengan mengumpul sebanyak 638.5 kg e-waste. Program ini juga dijalankan dengan kerjasama PTHM melalui program ‘Singgit Seposen’, turut mengumpul barangan kitar semula lain seperti minyak masak terpakai, sisa fabrik dan barangan 3R.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka juga telah mempromosi Keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) untuk membangunkan kesedaran penjagaan alam sekitar serta mengalakkan anggota masyarakat terlibat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan membudayakan amalan lestari. Sebaran maklumat mengenai larangan pembakaran terbuka turut diadakan dengan sesi penerangan dan pemberian goodies yang mengandungi maklumat berkaitan kesedaran penjagaan alam sekitar.
Sepanjang program berlangsung, YB Datuk Hajah Kalsom Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah berkesempatan mengunjungi tapak program serta menyaksikan komitmen komuniti setempat dalam menyokong usaha pengurusan buangan e waste dan sisa buangan yang lain. Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam, tetapi juga membantu menjana ekonomi penduduk sekitar.
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama