Penerangan
13 FEBRUARI 2025, JOHOR BAHRU- Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan siasatan aduan pencemaran ke atas premis pembuatan kosmetik di Bandar Sri Alam, Masai, Johor.
Pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis ini tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 & Peraturan-peraturan di bawahnya.
Tindakan tegas Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi premis mengambil langkah kawalan serta-merta.
'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'