PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

shayuti 19/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2025
Organisasi
Perbadanan Labuan dan Jabatan Alam Sekitar WPLabuan
Lokasi
Pusat Pengumpulan E-Waste Wilayah Persekutuan Labuan

Penerangan

Sukacitanya dimaklumkan bahawa JASWPL dengan kerjasama Perbadanan Labuan, telah mewujudkan Pusat Pengumpulan E-Waste yang terletak di Stesen Teksi, berhadapan dengan bangunan UTC W.P. Labuan. Pada sepanjang bulan Januari 2025, sebanyak 55 kg E-Waste telah berjaya dikumpulkan. Orang ramai disarankan untuk membuang sisa buangan elektrik dan elektronik terpakai isi rumah (Household E-Waste) ke dalam tong RORO yang telah disediakan secara teratur. Peringatan: Hanya E-Waste terpakai dari isi rumah sahaja yang dibenarkan. Aset KERAJAAN mahupun INDUSTRI hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuang sampah domestik ke dalam tong RORO yang telah disediakan. Sekian terima kasih. "ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA" #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_januari_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan