Penerangan
13 Januari 2025, Wilayah Persekutuan Labuan (WPL)- JASWPL telah menerima kunjungan daripada Labuan International School bersama 20 pelajar dan 2 guru pengiring di JASWPL.
Kunjungan ini bertujuan untuk membuat penyelidikan dan temubual bagi mengendalikan kajian projek ‘Challenge Based Learning’ tahun 2024 selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang ke 12 iaitu komsumsi dan pengeluaran yang berkelanjutan dalam mempromosikan sumber dan keberkesanan tenaga, insfrastruktur yang berterusan dan menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, pekerjaan hijau dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.
Para pelajar turut membawa produk yang mereka cipta untuk mendapatkan cadangan penambaikan oleh JASWPL dan memastikan produk yang dihasilkan adalah lestari.
JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Labuan International School, WPL di atas kunjungan yang bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_januari_2025