PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM SINGGIT SEPOSEN

nursyuhada 19/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SINGGIT SEPOSEN
Tahun
2025
Organisasi
PTHM DENGAN KERJASAMA JAS NEGERI MELAKA
Lokasi
PENGKALAN BATU

Penerangan

Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) akan mengadakan program pembelian barangan kitar semula melalui Program Singgit Seposen pada: Tarikh : 16 Februari 2025 (Ahad) Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang Tempat : Pangsapuri Seri Siantan, Bukit Baru, 75150 Melaka. https://waze.com/ul/hw22sx7828 Caranya mudah sahaja! Aktiviti pengumpulan barangan kitar semula akan dijalankan secara pandu lalu. Barangan yang dihantar akan ditimbang dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. 1. Minyak masak terpakai (RM3.00 per kg) 2. Barangan 3R iaitu botol plastik, botol kaca, alumunium, besi, beg plastik, kertas dan kotak. RM 0.10 - RM 3.00 per kg bergantung kepada jenis barangan. 3. Fabrik terpakai (termasuk baju terpakai samada yang masih elok atau lusuh, langsir, cadar, tuala, kain alas meja) RM0.10 per kg 4. Barangan elektronik terpakai (e-waste) RM0.30 per kg Muat turun aplikasi KITARecycle di telefon bimbit anda bagi memudahkan urusan jual beli barangan terpakai. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kitarecycle.app&pcampaignid=web_share Di samping menjana ekonomi melalui program ini, anda juga dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan. Anda juga berpeluang untuk pandu uji motorsikal elektrik dan mendapatkan khidmat nasihat penjimatan bil elektrik dengan Skim Solar Perumahan Melaka (SolarMEL). Terbaik kan? Hubungi PTHM untuk maklumat lanjut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan