11 Feb 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 1/2025 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis yang ditetapkan bertarikh 5 hingga 6 Feb 2025.
Operasi Gempur ini dianggotai seramai 17 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 11 premis telah diperiksa yang membawa kepada 11 Arahan di Lapangan, 3 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun dan 3 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka