PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

“OPS KHAS MOTOSIKAL” SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025

aminuddin 31/01/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
“OPS KHAS MOTOSIKAL” SEMPENA TAHUN BARU CINA 2025
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

KUANTAN, 9 Februari 2025 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menyertai Operasi “Ops Khas Motosikal” Tahun Baru Cina 2025 pada 4, 8 dan 9 Februari 2025. Operasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Pahang ini turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang. Operasi yang diketuai oleh Pengarah JPJ Negeri Pahang ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JAS Negeri Pahang. Seramai tujuh (7) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah terlibat dengan operasi ini, melibatkan pemeriksaan ke atas 11 buah motosikal. Lanjutan itu, lima (5) tawaran kompaun dan notis arahan telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan