Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERHIMPUNAN BULANAN DAN CERAMAH PENGURUSAN TATATERTIB, HUKUMAN SERTA IMPLIKASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM
- Tahun
- 2025
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
- Lokasi
- KUANTAN
- Diskripsi
-
KUANTAN, 20 JANUARI 2025 - Bertempat di Bilik mesyuarat Anggerik Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang satu program Perhimpunan Bulanan bilangan 1/2025 telah diadakan. Perhimpuanan dimulakan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam dan Alam Gemilang. Turut diadakan Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh En. Mohd Azli bin Md Yunos dan semua kakitangan sebagai komitmen untuk bertugas dengan penuh intergriti dan penuh dedikasi serta menjaga nama baik perkhidmatan awam.
Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat dari Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob.
Ceramah Pengurusan Tatatertib, Hukuman Serta Implikasi Terhadap Perkhidmatan Awam oleh Puan Norbaiti Hanum Binti Hedzir daripada Unit Intergriti SUK Negeri Pahang.