Penerangan
PASIR PUTEH, 5 Februari 2025 – Pasukan Penguatkuasaan Post EIA Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan penguatkuasaan ke salah satu tapak projek Pembangunan Estet Industri di Pasir Puteh, Kelantan. Lawatan ini diadakan bagi memastikan penggerak projek sentiasa mematuhi semua syarat-syarat EIA yang telah diluluskan. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa. Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya. Lawatan ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan perindustrian di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.