PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.1 2025 JAS NEGERI PERAK

maizah 06/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.1 2025 JAS NEGERI PERAK
Tahun
2025
Organisasi
jas perak
Lokasi
silibin

Penerangan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.1 2025 JAS NEGERI PERAK 27 Januari 2025, SILIBIN – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan operasi ke atas industri di Kawasan Perindustrian Silibin dan Kawasan Perindustrian Rishah. Jenis industri yang diperiksa terdiri daripada industry percetakan dan lain-lain pembuatan. Dalam operasi ini, seramai 3 pasukan penguatkuasa yang terlibat secara langsung. Sebanyak 6 Arahan Lapangan, 4 Notis Arahan, dan 1 kertas siasatan syor kompaun dibuka ke atas premis yang melibatkan kesalahan di bawah AKAS 1974. Ops Gempur ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan