PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PEMBENTANGAN MINI PROJEK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN

ayuni 06/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMBENTANGAN MINI PROJEK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS KELANTAN
Lokasi
KOTA BHARU

Penerangan

4 Februari 2025, Kota Bharu - Satu sesi pembentangan mini projek oleh pelajar latihan industri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sri Kenali, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan. Seramai lima orang pelajar telah menyampaikan pembentangan mereka yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan pembakaran terbuka. Setiap pelajar membentangkan kajian mereka yang merangkumi aspek punca, kesan, serta cadangan penyelesaian bagi menangani masalah pembakaran terbuka yang masih berlaku di beberapa kawasan di Kelantan. Antara aspek yang dibincangkan termasuk kesedaran masyarakat, pemantauan penguatkuasaan, serta teknologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kes-kes pembakaran haram. Sesi pembentangan ini mendapat maklum balas positif daripada pegawai-pegawai JAS yang turut hadir, di mana beberapa cadangan yang diketengahkan oleh pelajar berpotensi untuk diaplikasikan dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan kesedaran awam mengenai bahaya pembakaran terbuka. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi dapatan kajian mereka tetapi juga sebagai platform untuk mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan pembentangan dalam bidang profesional. JAS Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar atas usaha dan komitmen mereka dalam menjayakan pembentangan mini projek ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan