PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PROGRAM PENGUATKUASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ATAS PREMIS BENGKEL KENDERAAN OLEH JAS NEGERI KELANTAN

ayuni 06/02/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUATKUASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ATAS PREMIS BENGKEL KENDERAAN OLEH JAS NEGERI KELANTAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS KELANTAN
Lokasi
TANAH MERAH

Penerangan

4 Februari 2025, Tanah Merah - Satu program penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa punca tetap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan ke atas premis bengkel kenderaan. Program ini bertujuan untuk memastikan pematuhan premis-premis industri terhadap peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual. Sepanjang operasi, pemeriksaan telah dilakukan ke atas beberapa premis yang menghasilkan buangan terjadual bagi menilai pematuhan terhadap peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pemeriksaan merangkumi aspek penstoran, pelabelan, inventori, pengangkutan, serta pelupusan buangan yang dilakukan oleh premis-premis berkenaan. JAS Negeri Kelantan menegaskan komitmen untuk terus mempergiatkan program penguatkuasaan bagi memastikan industri di negeri ini mematuhi semua peraturan berkaitan dan mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar. Premis-premis yang terlibat juga diberi penekanan mengenai kepentingan pengurusan buangan yang berkesan bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta mengelakkan tindakan undang-undang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan