PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan ICT/Teknikal

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN PENGUJIAN PELEPASAN DARIPADA ENJIN PETROL (GAS ANALYSER) DAN LATIHAN KEPADA JAS NEGERI MENGIKUT ZON TIMUR

ayuni 06/02/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN PENGUJIAN PELEPASAN DARIPADA ENJIN PETROL (GAS ANALYSER) DAN LATIHAN KEPADA JAS NEGERI MENGIKUT ZON TIMUR
Tahun
2025
Organisasi
JAS IBU PEJABAT
Lokasi
KUALA TERENGGANU
Diskripsi
4 Februari 2025, Kuala Terengganu - Seramai 5 orang pegawai dari Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menghadiri satu majlis penyerahan peralatan pengujian pelepasan daripada enjin petrol iaitu Penganalisis Gas (Gas Analyser) yang telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Udara, Puan Masnona binti Abdul Aziz. Pegawai-pegawai adalah diingatkan agar peralatan pengujian pelepasan ini digunakan secara optimum dalam usaha untuk memantapkan program penguatkuasaan terhadap pelepasan kenderaan berenjin petrol. Turut ditekankan juga adalah kepentingan penyediaan jadual penggunaan alat dalam program penguatkuasaan yang akan dilaksanakan oleh setiap jabatan negeri. Setiap pegawai hendaklah memanfaatkan alat tersebut dalam penguatkuasaan pelepasan emisi gas berbahaya daripada kenderaan yang menggunakan enjin petrol. Dengan penggunaan alat ini, JAS dapat memastikan tahap pencemaran udara yang lebih terkawal, seterusnya melindungi kesihatan awam dan alam sekitar. Seterusnya sesi latihan oleh pembekal diberikan kepada para pegawai mengenai penggunaan alat pengalisis gas ini bagi memastikan semua pegawai dapat mengendalikan dan menggunakannya dengan cekap dalam tugas penguatkuasaan yang dijalankan. Program ini menunjukkan komitmen berterusan JAS dalam mempertingkatkan usaha penguatkuasaan terhadap pencemaran udara di negara ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan